Tuesday, June 1, 2010

SERANGAN FLOTILA oleh Yahudi laknatullah


Salam...kelmarin kita da dikejutkan dengan serangan komando zionis laknatullah ke atas kapal yang membawa sukarelawan dan bantuan kemanusiaan untuk saudara-saudara kita di Palestin. Seramai 16 aktivis dibunuh dan ramai lg cedera. Warga Malaysia diketuai YB Nizar Zakaria juga turut serta dalam misi itu. ALHAMDULILLAH mereka masih selamat. ALLAHU AKBAR!!sahabat-sahabat sukarelawan, kuatkanlah tekad dan semangat untuk membantu saudara-saudara kita di tanah suci Palestin. Allah bersama kita, malaikat bersama kita. Doa seluruh Umat bersama anda. Teruskan....Zionis laknatullah!!moga kamu hancur sebagai bangsa yang hina!!akan diberikan semangat api yang membara di kalangan anak-anak Palestin untuk menghancurkan kalian...Sabarlah..azab pasti menunggu kalian...untuk dunia Islam, mari kita bersama-sama berdoa agar misi ini berjalan dengan sempurna...Negara-negara Arab yang berdekatan...bantulah Palestin..bukalah pintu sempadan untuk mereka bernafas....mereka juga manusia,saudara seIslam dengan anda...

SALAM INTIFADA....

Sunday, April 25, 2010

Hadirnya...

hadirnya tika tidak diduga,
ketika hati sedang bergelora,
menyepi seribu bahasa,
tiada rasa lemah kecewa.

hadirnya membawa senyuman,
yang dikuntum rasa mapan,
yang entah sejak kapan,
mengundang siulan dan bualan.

hadirnya terasa indah dan syahdu,
membuai enak di kalbu,
mebawa nafas enak dan baru,
tersirna cinta yang tak dapat ditipu.

hadirnya merubah fantasi,
tak pernah singgah walau berfalasi,
lemparan realiti kembali bererti,
walau diri kurang sejuta kali.

hadirnya tanpa syarat,
nadiku kini lurus tak berselirat,
bebanku kini tak lagi berat,
kerna sudah ada yang mengikat.

hadirnya melengkapkan hari,
dengan cinta yang kau beri,
moga Rabbi kurnia rahmi,
kalbu diutuh di sanubari.....

Friday, April 23, 2010

ade ape dengan mencintai??

ader owg kate cinte 2 subjektif....masing2 ader cter rase sendiri...
ader owg kate cinte bly wat kite tersenyum....
ader gak owg kate cinte ni mnyusahkan...
ader owg kate cinte bly mrubah dunia....
ader owg kate cinte hanye utk sstgh owg...

bagi ak...
cinte bly wat kite menjadi hebat...
bly wat kite jd lemah...
sbab itu Rabbi cume ciptakan sekeping hati...
spaya jati itu berkongsi dengan hati yng lain...
menyantum rasa menyulam cinta...
cinta yang ulung....
cinta yang hebat....

cume tanye pade diri kite...
NAK KE X NK????

Thursday, April 22, 2010

pertemuan kembali

Salam ukhwah..maaf da lame teman x update..ntah nape ye..teman dlm mood exam ari ni..sem ni teman amik 5 paper..alhamdullilah 3 paper da lepas n 2 incoming..hope Allah permudahkan urusan teman.kepade kwn2 yg sedang exam..slamat berjaya..moge2 kjayaan bersame kte hndaknyer..insyaallah teman akn fit up blik blog ni..

MENJADI YANG TERBAIK PERLUKAN SEMANGAT YANG HEBAT, FIKIRAN YANG LUAR BIASA DAN SIKAP YANG RASIONAL..

Saturday, June 20, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

salam ukhwah dan salam perpaduan..sementelah dlm 2-3 minggu ini, kita tlah dhidang dgn satu lagi konsep..."kerajaan perpaduan" yang dipelopori sendiri oleh insan yg amat sy hormati, TG Hadi..sebelum muktamar pn, isu ini telah dibangkitkan sejak plhanraya ke-12 yg lpas. Kini, setelah TG Hadi telah berjaya mempertahankn kedudukan beliau selaku presiden Pas pd muktamar yg lpas, isu ini telah mendapat liputan semua pihak termasuklah YAB Perdana Menteri..pelbagai reaksi diterima, ada yg positif dan ada juga yg positf..Malahan TG Nik Aziz sendiri tidak berapa perkenan dgn hajat TG Hadi ini. Banyak pihak sama ada telus mahupun memutar belit kebanyakn komentar tentang senario ini..Inisiatif kerajaan perpaduan telah menjadi perdebatan di kalangan pemimpin-pemimpin mahupun rakyat marhaenis di kedai-kedai kopi. Dada- dada akhbar, corong radio, kaca televisyen malahan laman sesawang telah menjadikan isu ini sebagai perkara yang penting untuk sama-sama kita selusuri sedalam-dalamnya. sebagai anak muda yang baru mengenali dunia politik, izinkan anakanda mengeluarkan buah fikiran yang difikirkan perlu kita hayati. Melayu memang majoroti di Malaysia. Kita akui bancian tersebut. Tetapi harus diingat, ekuiti pegangan bumiputera dalam sektor perniagaan hnyalah 19% jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Semenjak DEB dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1970 yang mana matlamatnya antara lain untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang ketika itu terjejas teruk dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969..Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu masyarakat khususnya bumiputera untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Setelah 39 tahun ia dilaksanakan, peningkatan ekuiti Bumiputera hanya meningkat dengan begitu perlahan. Sedangkan tanahair ini sepatutnya dikuasai oleh kita. Tidakkah kebanyakan politikus Melayu nampak keadaan ini? Atau mereka hanya pandai berkata dan bermadah. Cukup sudah perasaan pentingkan diri sendiri, kuasa dan sebagainya. Kini tibanya kita bersatu. Bersatu untuk membina Islam yang unggul dan Melayu yang hebat. Kita kembalikan semula kegemilangan Islam, Daulah Islamiyyah..semuanya mengharapkan sebegitu. Marilah kita sebagai Islam duduk berbincang mengenai kemaslahatan umat yang memerlukan. Tidak kiralah DS Najib, TS Muhyiddin, TG Hadi Awang, TG Nik Aziz...lupekan sengketa lama dan bermuzakarahlah secara hikmah supaya tidak ada lagi yang miskin di kalangan kita seperti mana ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab..rakyatnya mengamalkan amal Islami dalam kehidupan. Bukankah indah keadaan itu? Fikirkanlah..Allah pernah berfirman bahawasanya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri. Hidup ini hanya sementara. Bila mana ada pihak yang ingin menghulur salam lebih-lebih lagi mereka seagama dengan kita, sambutlah salam mereka dengan penuh hikmah. Ini adalah dakwah yang kondusif dan efektif. Waallahualam..anakanda mohon maaf jika anda ketelanjuran

Sesuatu mengenai diriku...

My photo
wanna be number one alwys be the first, that my motto..well,im vey obvious with politics..kat skola dlu sme owg taw cter2 ak..'seorang perdana menteri'..insyallah..