salam ukhwah dan salam perpaduan..sementelah dlm 2-3 minggu ini, kita tlah dhidang dgn satu lagi konsep..."kerajaan perpaduan" yang dipelopori sendiri oleh insan yg amat sy hormati, TG Hadi..sebelum muktamar pn, isu ini telah dibangkitkan sejak plhanraya ke-12 yg lpas. Kini, setelah TG Hadi telah berjaya mempertahankn kedudukan beliau selaku presiden Pas pd muktamar yg lpas, isu ini telah mendapat liputan semua pihak termasuklah YAB Perdana Menteri..pelbagai reaksi diterima, ada yg positif dan ada juga yg positf..Malahan TG Nik Aziz sendiri tidak berapa perkenan dgn hajat TG Hadi ini. Banyak pihak sama ada telus mahupun memutar belit kebanyakn komentar tentang senario ini..Inisiatif kerajaan perpaduan telah menjadi perdebatan di kalangan pemimpin-pemimpin mahupun rakyat marhaenis di kedai-kedai kopi. Dada- dada akhbar, corong radio, kaca televisyen malahan laman sesawang telah menjadikan isu ini sebagai perkara yang penting untuk sama-sama kita selusuri sedalam-dalamnya. sebagai anak muda yang baru mengenali dunia politik, izinkan anakanda mengeluarkan buah fikiran yang difikirkan perlu kita hayati. Melayu memang majoroti di Malaysia. Kita akui bancian tersebut. Tetapi harus diingat, ekuiti pegangan bumiputera dalam sektor perniagaan hnyalah 19% jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Semenjak DEB dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada 1970 yang mana matlamatnya antara lain untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang ketika itu terjejas teruk dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969..Pelbagai usaha dilakukan untuk membantu masyarakat khususnya bumiputera untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Setelah 39 tahun ia dilaksanakan, peningkatan ekuiti Bumiputera hanya meningkat dengan begitu perlahan. Sedangkan tanahair ini sepatutnya dikuasai oleh kita. Tidakkah kebanyakan politikus Melayu nampak keadaan ini? Atau mereka hanya pandai berkata dan bermadah. Cukup sudah perasaan pentingkan diri sendiri, kuasa dan sebagainya. Kini tibanya kita bersatu. Bersatu untuk membina Islam yang unggul dan Melayu yang hebat. Kita kembalikan semula kegemilangan Islam, Daulah Islamiyyah..semuanya mengharapkan sebegitu. Marilah kita sebagai Islam duduk berbincang mengenai kemaslahatan umat yang memerlukan. Tidak kiralah DS Najib, TS Muhyiddin, TG Hadi Awang, TG Nik Aziz...lupekan sengketa lama dan bermuzakarahlah secara hikmah supaya tidak ada lagi yang miskin di kalangan kita seperti mana ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab..rakyatnya mengamalkan amal Islami dalam kehidupan. Bukankah indah keadaan itu? Fikirkanlah..Allah pernah berfirman bahawasanya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri. Hidup ini hanya sementara. Bila mana ada pihak yang ingin menghulur salam lebih-lebih lagi mereka seagama dengan kita, sambutlah salam mereka dengan penuh hikmah. Ini adalah dakwah yang kondusif dan efektif. Waallahualam..anakanda mohon maaf jika anda ketelanjuran
No comments:
Post a Comment